BENDERA TURKI
Empayar Turki
Uthmaniyyah dikenali keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari
keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang
masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah
pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama
setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13.
Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali
sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk
menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau
kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang
lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah
universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah
"penyatuan kebudayaan".
Pada tahun 1357
mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum
akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine,
termasuk Greece dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada
Istanbul) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526
sebagian besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniah
.Kerajaan Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan
melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang
lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai
wilayah kerajaan Uthmaniah. Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan
menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab
yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniah merupakan keganasan
Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan
agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota
Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al Qur'an yang
diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan
mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al Qur'an itu
akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan
Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke
atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini
pula menghadapi Persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa
Rusia.
Semenjak tahun
1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai
Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada
Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak
mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam.
Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar
dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun
1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah
menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan
hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan
yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I di
tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan
Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas
sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli.
Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan nama
Kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah
jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih
berada di wilayah Republik Turki ini.
No comments:
Post a Comment