Tuesday, 16 February 2016

Persiapan Sultan Muhammad Al-Fatih & Serangan Constantinople






Persiapan Sultan Muhammad al-Fatih

Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan rapi untuk menawan Costantinople. Baginda telah mengumpul kira-kira 250,000 tentera yang bersemangat dan cukup latihan. Baginda juga telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.

Sultan Muhammad Al-Fatih juga mendapat khidmat pakar membina meriam. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur dan terbesar di zaman berkenaan. Baginda juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.

Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Hungary, Venice dan Galata yang berjiran dengan Byzantine.

Dalam pada masa yang sama, Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Baginda memohon pertolongan dari gereja Katholik, sedangkan ketika itu kerajaan Constantinople bermazhab Ortodoks. Demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine bersetuju untuk menukar mazhab untuk menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Baginda berkhutbah di Gereja Aya Sophia menyatakan kesediaan Byzantine tunduk kepada Eropah Barat yang bermazhab Katholik. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Ortodoks.


Serangan

Costantinople dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.


Serangan Sultan Muhammad bermula pada 6 April 1453. Baginda dengan bijak menyusun strategi mengepung Constantinople sambil menghalakan Meriam Diraja ke pintu kota. Kapal-kapal laut diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople tetapi tidak berjaya memasuki perairan tanduk Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.









No comments:

Post a Comment