Tuesday 16 February 2016

Kesan peristiwa kejatuhan Kerajaan Tamadun Uthmaniyyah




   Kehilangan Constantinople memberi tamparan hebat kepada kerajaan Kristian barat. Seruan Paus untuk melancarkan perang balas sebagai Perang Salib tidak diendahkan oleh raja-raja Eropah. Ini menyebabkan paus sendiri pergi untuk berperang tetapi kematian awal paus melenyapkan harapan serangan balas.

   Muhammad al-Fatih mendapat sebuah kota yang agung walaupun dalam keadaan teruk kerana perang yang berlanjutan. Constantinople membolehkan bangsa Turki mengukuhkan kedudukan mereka di Eropah serta meluaskan wilayah mereka ke Balkan dan Mediterranean.


   Selain faedah ketenteraan, kota itu juga memberi faedah ekonomi melalui perdagangan rempah. Bangsa Eropah terus berdagang di Constantinople sehingga abad ke-16 apabila harga yang tinggi memaksa mereka mencari alternatif lain. Bangsa Eropah seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda mula belayar ke India dan Asia untuk mencari bekalan rempah yang lebih murah. Malah, Christopher Columbus juga menjumpai Dunia Baru apabila bangsa Eropah mula memberanikan diri belayar jauh untuk menjalankan perdagangan.

Faktor-faktor kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah






1.Kelemahan Kepimpinan


      Bermula kurun ke 17 M, Sultan-sultan yang menaiki takhta mempunyai keperibadian yang lemah dan hanya mementingkan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu.Selepas kematian Sultan Sulaimen 1, tahun 1566, ramai sultan tidak sekuat sultan-sultan terdahulu.Antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M),Uthman II (1617-1621 M), Murad IV (1622-1640) dan sebagainya.  Contohnya Sultan Uthman ke  II,   telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Baginda hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak di tangan golongan elit Turki. Sultan hanya menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah berlaku sebanyak  tujuh kali.Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. Beliau telah dinaikkan oleh golongan Freemason (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut.Beliau takut melihat kematian sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh.Selain itu beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak berwibawa.Seringkali berlaku perebutan kuasa antara keluarga diraja menyebabkan politik menjadi tidak stabil dan berada dalam ketegangan.




2.Kelemahan Ketenteraan

      Disiplin ketenteraan mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan bergaul dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum arak, rasuah dan sebagainya.Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadaptanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan.Selain itu, pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.




3. Kelemahan Dasar Ekonomi

    Tanzimat atau pemulihan semula Ekonomi di Turki telah memberi tekanan kepada Turki Uthmaniyah untuk melakukan pembaharuan dalam pelbagai bidang.

     Kerajaan Uthmaniyah mengalami hutang yang kronik.Contohnya zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah.Misalnya projek jaringan keretapi “Orient Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana Topkapi.Akibatnya jerat hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan Kerajaan Uthmaniyah hampir bankrap.

    Sultan Abd al-Aziz meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank Eropah mengawal kewangan Uthmaniyah. Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta , hutang yang ditanggung oleh kerajaan TU ialah melebihi daripada 200 juta  pound Sterling. Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomimemberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi TU dan menghancurkan TU.



4.Kelemahan Sistem Pendidikan

     Dari sudut sosial, Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam.Pendidikan sekular initertumpu kepada karya sastera tertentu, arena persuratan berkembang maju danterjemahan daripada fiksyen barat.

   Malahan sistem pendidikan telah disusun semula.Pada 1866, sebuah Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyelias ekolah sekular.Maka, sekolah sekular mula tumbuh seperti cendawan di Turki.Malahan negara barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan mereka melalui beberapa institusi pendidikan. Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme,kapitalisme, imperialisme  terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentimen perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah menjatuhkan kerajaan Islam tersebut



5.Pengenalan Undang-undang Barat

    Malahan, pengenalan undang-undang Barat juga telah dibawa masuk ke Turki yang telah mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Pada tahun 1869 Menteri  kehakiman Turki Uthmaniyah  telah menubuhkan mahkamah sekular yang menghadkan bidang kuasa mahkamah Syariah. Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang dunia dan mengetepikan undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan  Kerajaan Islam tersebut.


6.Kelemahan sudut politik

      Dari aspek politik dan pentadbiran, kerajaan TU telah memperkenalkan pentadbiran ala barat yang bertunjangkan sistem demokrasi. Kementerian tertentu telah ditubuh seperti kementerian Pelajaran (1857), polis(1870) dan Majlis Tanzimat yang berperanan menasihati Sultan. Tetapi hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara. Malahan, kuasa-kuasa Gabenor wilayah turut dikurangkan.Situasi ini melemahkan kesultanan TU.

Persiapan Sultan Muhammad Al-Fatih & Serangan Constantinople






Persiapan Sultan Muhammad al-Fatih

Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan rapi untuk menawan Costantinople. Baginda telah mengumpul kira-kira 250,000 tentera yang bersemangat dan cukup latihan. Baginda juga telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.

Sultan Muhammad Al-Fatih juga mendapat khidmat pakar membina meriam. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur dan terbesar di zaman berkenaan. Baginda juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.

Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Hungary, Venice dan Galata yang berjiran dengan Byzantine.

Dalam pada masa yang sama, Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Baginda memohon pertolongan dari gereja Katholik, sedangkan ketika itu kerajaan Constantinople bermazhab Ortodoks. Demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine bersetuju untuk menukar mazhab untuk menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Baginda berkhutbah di Gereja Aya Sophia menyatakan kesediaan Byzantine tunduk kepada Eropah Barat yang bermazhab Katholik. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Ortodoks.


Serangan

Costantinople dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.


Serangan Sultan Muhammad bermula pada 6 April 1453. Baginda dengan bijak menyusun strategi mengepung Constantinople sambil menghalakan Meriam Diraja ke pintu kota. Kapal-kapal laut diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople tetapi tidak berjaya memasuki perairan tanduk Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.









Jihad untuk Constantinople & Cubaan Sultan Murad


Jihad untuk Constantinople


  Semangat membara umat Islam untuk menguasai Constantinople berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan ketika Perang Khandak. Sabda baginda SAW: ”Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.


  Pada awal kurun ke-14M, Empayar Uthmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Usaha awal dilakukan oleh Sultan Yildrim Beyazid yang berjaya mengepung kota itu pada tahun 1393M

  Akan tetapi, usahanya terbantut dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlane telah menyerang Empayar Uthmaniyyah. Ini memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam perang dengan Mongol yang dikenali Perang Ankara, baginda telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan usaha untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika.



 Cubaan Sultan Murad II



  Sultan Murad II (1421-1451M) meneruskan usaha untuk menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk memecah belahkan tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad II atau dikenali dengan nama Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Empayar Uthmaniyyah.

Sultan Muhammad Al-Fatih & Sumbangannya











Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah bererti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.


Jasa dan sumbangan

Rencana utama: Kejatuhan Constantinople
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.


Sumbangan

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.


Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

Faktor-faktor kegemilangan & Kemajuan Tamadun Uthmaniyyah



A) Kemajuan dalam pentadbiran


·Pemerintahan dan pentadbiran yang bercorak ketenteraan di mana diketuai oleh seorang sultan yang secara langsung menjadi Ketua tentera,Ketua Agama dan Hakim tertinggi.
·Sultan mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat kerana kedudukannya yang tertinggi dalam pentadbiran.
·Sultan menguasai dua dewan iaitu dewan kebangsaan turki dan dewan Lembaga Pengarah urusan agama.
·Sultan tetap menjadi kuasa tertinggi sepanjang pemerintahan turki uthmaniah dalam bidang politik,agama,pentadbiran,dan kewangan


B)Kemajuan dalam bidang pendidikan


·Empayar turki uthmaniah mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan,pembanggunan,falsafah,kesenian dan teknikal.
·Lahir pusat-pusat penyelidikan sejarah dan kesusasteraan islam.
·Rakyat diwajibkan mengikuti pendidikan dan latihan ketenteraan.
·Pada pemerintahan Sulaiman,masjid,sekolah,hospital,makam dan saluran air didirikan di kota-kota besar.



C)Ketenteraan yang kuat


·Kerajaan uthmaniah menyediakan pasukan ketenteraan yang tersusun dengan adanya pangkat,pakaian seragam,pakaian rasmi dan kelengkapan senjata bagi pengawal tentera dan pembesar-pembesar negara.                                                                                  
·Sultan memberi sanjungan yang tinggi kepada tentera yang berjaya dalam peperangan dengan hadiah seperti tanah ladang.

·Kehebatan empayar uthmaniah disebabkan oleh kekuatan akidah mereka kepada Allah,kemuliaan akhlak tentera,kecekapan pentadbiran kepimpinannya dan keberanian angkatan tentera dalam medan perang.

Zaman kemuncak Tamadun Uthmaniyyah



 A.Sistem Ketenteraan

·Kerajaan Uthmaniah adalah kerajaan pertama yang terkenal dalam bidang ketenteraan dengan menubuhkan angkatan tentera yang disebut Janisari atau Inkisariyah
·Anggotanya terdiri daripada pemuda tawanan yang telah dididik secara professional dengan memperkukuhkan aspek doktrin islam.
·Melalui sistem ketenteraan ini,akhirnya kerajaan Uthmaniah telah berjaya meluaskan kekuasaanya ke negara-negara bukan islam

B) Sistem Pemerintahan

1.Sultan

·Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi.
·Sultan menguasai dua dewan iaitu Dewan Kebangsaan Turki yang bertugas menggubal undang-undang duniawi dengan urusan negara diketuai oleh Wazir Agung dan kedua Dewan Lembaga Pengarah Urusan Agama.

 2.Wazir

· Merupakan orang yang paling berkuasa selepas sultan.
· Beliau ditugaskan sebagai ketua pentadbiran dan penasihat sultan.
· Beliau diamanahkan supaya memegang cop mohor sebagai wakil sultan.



3.Syeikh Al-Islam(Mufti)

·Tugasnya ialah memberi fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan berperang terhadap sesama islam
.Pandangan beliau juga diambil kira dalam pelantikan pegawai pegawai istana

4) Kadi

·Ditugaskan sebagai ketua agama bagi setiap wilayah.
·Berkuasa melaksanakan hukum jenayah dan sivil menurut syariat islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah



5) Tentera

· Beylerbey merupakan pangkat ketenteraan yang paing tinggi.
· Mempunyai kuasa yang luas menyebabkan  putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya
· Digelar dengan gelaran ‘pasha’.



C) Penyebaran islam ke Eropah

·Semangat ketenteraan dan semangat ghazi yang tidak gentar untuk berjuang bagi penyebaran agama.
·Pegangan akidah yang kukuh dan ketinggian akhlak para pemimpin dan rakyatnya telah menyebabkan islam mudah menyebarkan islam ke Eropah
·Kejatuhan institusi gereja,pergaduhan pemimpin dan kekuranggan wang juga menyebabkan islam mudah tersebar ke Eropah.


Latar belakang kemunculan Tamadun Islam Zaman Uthmaniyyah


-Diambil sempena nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman Bin Ertughul Bin Sulaiman Syah yang berasal dari Suku  Qayi iaitu dari sebuah kabilah Al-Ghuzz  dari kalangan orang islam Turki yang tinggal berdekatan dengan  laut Caspian.

-Beliau merupakan amir(Gabenor Seljuq) di kawasan barat Anatolia yang bersepadan dengan empayar Byzantine (Rom Timur).

-Apabila pemimpin suku Ughu iaitu Ertughul meninggal dunia (1280M),puteranya Uthman menggantikannya sebagai pemimpin di wilayah pemberian Turki Seljuq ini.

-Seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum monggol ketika berkhidmat kepada kesultanan Seljuq dan Berjaya menumpaskan pihak Byzantine sehingga sultan Ali al-Din mengangkatnya sebagai Amir dengan nama Bad al-Shah Al Uthman .

-Uthmaniyah pada awalya adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai ukhu.

-2 buah kerajaan yang dimiliki bangsa turki adalah kerajaan turki seljuq dan kerajaan turki uthmaniyyah. Kejatuhan kerajaan turki seljuq  adalah disebabkan serangan dari pasukan monggol  dan ini adalah titik permulaan awal bagi membentuk  kerajaan turki uthamaniah yang menampung kerajaan –kerajaan kecil bangsa Turki yang lain.

-Pengikut-pengikutnya dipanggil ghazi iaitu tentera yang berjuang memerangi kristian kerana jihad untuk menegakkan islam.


-Kehebatan uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh pemimpin-pemimpin lain selepasnya yang mempunyai  kekuatan peribadi dan moral yang tinggi seperti  sultan murad I,sultan murad II,sultan bayazid I,sultan muhamad al-fatih,sultan salim I dan mencapai tahap kegemilangannya pada zaman sulta sulaiman qanuni (1520-1566).

Empayar Uthmaniyyah







                                                 BENDERA TURKI



Empayar Turki Uthmaniyyah dikenali keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".

Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Greece dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniah .Kerajaan Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniah. Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al Qur'an yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al Qur'an itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa Rusia.


Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.

Assalamualaikum :)

Assalamualaikum w.b.t,

                             kami dari group Constantinople yang terdiri daripada 1.Nur Amira bt.Mohd.Farid 2.Farah liyana bt.Mohd.Fikri 3.Nurul Husna bt.Ab Aziz 4.Nuralisa bt Nadzri 5.Alia Syuhada bt.Shawaludin 6.Siti Munirah bt. Mirza akan membuat blog yang akan menerangkan & menceritakan tentang Kejatuhan & Kegemilangan Zaman Turki Uthmaniyah untuk group assignment kami untuk subjek CTU151.Semoga blog kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan para-para pembaca tentang Zaman Turki Uthmaniyah. :) Selamat membaca!