1.Kelemahan
Kepimpinan
Bermula kurun ke 17 M, Sultan-sultan yang
menaiki takhta mempunyai keperibadian yang lemah dan hanya mementingkan
kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu.Selepas kematian Sultan Sulaimen 1,
tahun 1566, ramai sultan tidak sekuat sultan-sultan terdahulu.Antaranya ialah
Sultan Mustafa I (1617 M),Uthman II (1617-1621 M), Murad IV (1622-1640) dan
sebagainya. Contohnya Sultan Uthman
ke II,
telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Baginda hanyalah boneka
dan kuasa pemerintah terletak di tangan golongan elit Turki. Sultan hanya
menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang
pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah
berlaku sebanyak tujuh kali.Selain itu,
kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. Beliau telah dinaikkan oleh
golongan Freemason (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah
selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut.Beliau takut melihat
kematian sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh.Selain itu
beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan
tidak berwibawa.Seringkali berlaku perebutan kuasa antara
keluarga diraja menyebabkan politik menjadi tidak stabil dan berada dalam
ketegangan.
2.Kelemahan
Ketenteraan
Disiplin ketenteraan mulai longgar
apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan bergaul dengan
masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan tertutama
berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum
arak, rasuah dan sebagainya.Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu
dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadaptanggungjawab
luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan.Selain itu, pasukan
khas ini sering memberontak terhadap sultan.
3. Kelemahan
Dasar Ekonomi
Tanzimat atau
pemulihan semula Ekonomi di Turki telah memberi tekanan kepada Turki Uthmaniyah
untuk melakukan pembaharuan dalam pelbagai bidang.
Kerajaan
Uthmaniyah mengalami hutang yang kronik.Contohnya zaman pemerintahan Sultan
Mahmud (1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah.Misalnya projek
jaringan keretapi “Orient Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah
menggantikan Istana Topkapi.Akibatnya jerat hutang semakin bertambah, bunga
hutang yang mencekik menyebabkan Kerajaan Uthmaniyah hampir bankrap.
Sultan Abd
al-Aziz meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis pada 1875 dengan
pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam
Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank Eropah mengawal kewangan
Uthmaniyah. Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta , hutang
yang ditanggung oleh kerajaan TU ialah melebihi daripada 200 juta pound Sterling. Ini membuktikan proses
Tanzimat dalam bidang ekonomimemberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi TU
dan menghancurkan TU.
4.Kelemahan
Sistem Pendidikan
Dari sudut
sosial, Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular
menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam.Pendidikan sekular initertumpu
kepada karya sastera tertentu, arena persuratan berkembang maju danterjemahan
daripada fiksyen barat.
Malahan sistem
pendidikan telah disusun semula.Pada 1866, sebuah Kementerian Pelajaran Umum
ditubuhkan untuk menyelias ekolah sekular.Maka, sekolah sekular mula tumbuh
seperti cendawan di Turki.Malahan negara barat juga mengambil peluang ini untuk
menyerapkan pendidikan mereka melalui beberapa institusi pendidikan. Situasi
ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme,kapitalisme, imperialisme terhadap masyarakat sehingga menyebabkan
sentimen perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah
menjatuhkan kerajaan Islam tersebut.
5.Pengenalan
Undang-undang Barat
Malahan,
pengenalan undang-undang Barat juga telah dibawa masuk ke Turki yang telah
mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Pada tahun 1869
Menteri kehakiman Turki Uthmaniyah telah menubuhkan mahkamah sekular yang
menghadkan bidang kuasa mahkamah Syariah. Hal ini merupakan petanda masyarakat
mula lebih memandang dunia dan mengetepikan undang-undang Islam yang mendorong
kejatuhan Kerajaan Islam tersebut.
6.Kelemahan
sudut politik
Dari aspek
politik dan pentadbiran, kerajaan TU telah memperkenalkan pentadbiran ala barat
yang bertunjangkan sistem demokrasi. Kementerian tertentu telah ditubuh seperti
kementerian Pelajaran (1857), polis(1870) dan Majlis Tanzimat yang berperanan
menasihati Sultan. Tetapi hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk golongan
Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara. Malahan, kuasa-kuasa
Gabenor wilayah turut dikurangkan.Situasi ini melemahkan kesultanan TU.