Tuesday 16 February 2016

Faktor-faktor kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah






1.Kelemahan Kepimpinan


      Bermula kurun ke 17 M, Sultan-sultan yang menaiki takhta mempunyai keperibadian yang lemah dan hanya mementingkan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu.Selepas kematian Sultan Sulaimen 1, tahun 1566, ramai sultan tidak sekuat sultan-sultan terdahulu.Antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M),Uthman II (1617-1621 M), Murad IV (1622-1640) dan sebagainya.  Contohnya Sultan Uthman ke  II,   telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Baginda hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak di tangan golongan elit Turki. Sultan hanya menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah berlaku sebanyak  tujuh kali.Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. Beliau telah dinaikkan oleh golongan Freemason (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut.Beliau takut melihat kematian sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh.Selain itu beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak berwibawa.Seringkali berlaku perebutan kuasa antara keluarga diraja menyebabkan politik menjadi tidak stabil dan berada dalam ketegangan.




2.Kelemahan Ketenteraan

      Disiplin ketenteraan mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan bergaul dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum arak, rasuah dan sebagainya.Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadaptanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan.Selain itu, pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.




3. Kelemahan Dasar Ekonomi

    Tanzimat atau pemulihan semula Ekonomi di Turki telah memberi tekanan kepada Turki Uthmaniyah untuk melakukan pembaharuan dalam pelbagai bidang.

     Kerajaan Uthmaniyah mengalami hutang yang kronik.Contohnya zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah.Misalnya projek jaringan keretapi “Orient Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana Topkapi.Akibatnya jerat hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan Kerajaan Uthmaniyah hampir bankrap.

    Sultan Abd al-Aziz meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank Eropah mengawal kewangan Uthmaniyah. Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta , hutang yang ditanggung oleh kerajaan TU ialah melebihi daripada 200 juta  pound Sterling. Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomimemberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi TU dan menghancurkan TU.



4.Kelemahan Sistem Pendidikan

     Dari sudut sosial, Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam.Pendidikan sekular initertumpu kepada karya sastera tertentu, arena persuratan berkembang maju danterjemahan daripada fiksyen barat.

   Malahan sistem pendidikan telah disusun semula.Pada 1866, sebuah Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyelias ekolah sekular.Maka, sekolah sekular mula tumbuh seperti cendawan di Turki.Malahan negara barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan mereka melalui beberapa institusi pendidikan. Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme,kapitalisme, imperialisme  terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentimen perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah menjatuhkan kerajaan Islam tersebut



5.Pengenalan Undang-undang Barat

    Malahan, pengenalan undang-undang Barat juga telah dibawa masuk ke Turki yang telah mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Pada tahun 1869 Menteri  kehakiman Turki Uthmaniyah  telah menubuhkan mahkamah sekular yang menghadkan bidang kuasa mahkamah Syariah. Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang dunia dan mengetepikan undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan  Kerajaan Islam tersebut.


6.Kelemahan sudut politik

      Dari aspek politik dan pentadbiran, kerajaan TU telah memperkenalkan pentadbiran ala barat yang bertunjangkan sistem demokrasi. Kementerian tertentu telah ditubuh seperti kementerian Pelajaran (1857), polis(1870) dan Majlis Tanzimat yang berperanan menasihati Sultan. Tetapi hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara. Malahan, kuasa-kuasa Gabenor wilayah turut dikurangkan.Situasi ini melemahkan kesultanan TU.

18 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Boleh tahu di mana kamu dapat rujukan?

    ReplyDelete
  3. Great infos...truth story for us to know,nice n keep it up the good work👍👍

    ReplyDelete
  4. Tq ats info yg brguna utk pmbelajaran & pngajaran kita pd msa akn dtg..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah....great info.pohon kebenaran utk share.

    ReplyDelete
  6. IT HELPED SO DAMN MUCH THANKSSSSSS

    ReplyDelete
  7. Bole lagi pdf tuk saya baca dan rujuk balik tntng kisah kegemilangan kerajaan uthmaniyah..saya sgt memerlukan ny utk menambah ilmu saya..harap bole trima kasih✨💗

    ReplyDelete
  8. Penulisan yang sangat kabur. Boleh sertakan sekali dengan rujukan? Buku siapa? Siapa sejarawan berautoriti yang dinukil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku sejarah kita guna sekarang sama je. Cikgu mengajar sejarah tu pun sama je. Kenapa kau nak salahkan kajian tu. Cuba kau pergi Turki

      Delete
  9. ERDOGAN: MATLAMAT KAMI JADIKAN TURKI ANTARA 10 EKONOMI TERATAS DI DUNIA https://turkeykini.com/jadikan-turki-antara-10-ekonomi-teratas/

    ReplyDelete